Thursday, 5 January 2012

Kesihatan pemangkin kejayaan...


















Pentingnya pencuci mulut
Makan buah terlebih dahulu membantu memulihkan sistem pencernaan di mana proses penyahtoksikan dapat melalui proses semulajadi. Ia dapat mempercepatkan proses penghadaman. Namun, jika dimakan sejurus selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat- zat yang terkandung akan rosak dan menyumbang kepada ketidakselesaan perut..




Waktu terbaik minum air kosong
Japanese Medical Society membuktikan dalam kes- kes tertentu, amalan minum air kosong mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Antaranya ialah masalah sakit kepala, sakit- sakit badan, sistem jantung arthritis, epilepsy bronchitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Antara peraturannya ialah:


- minum 4 gelas air (160ml) sebaik terjaga tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

- Jangan makan atau minum untuk 45 minit.
- Selepas 15 minit bersarapan, makan tengahari dan makan malam, jangan makan atau minum untuk tempoh 2 jam.




Khasiat susu
2 gelas susu mampu memenuhi keperluan kalsium tubuh anda. Ia turut membantu mengelakkan kemerosotan jirim tulang. Melalui pengambilan kalsium setiap hari mengikut sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya. Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara 1000 dan 1200 mg kalsium setiap hari.



Sunday, 1 January 2012

Seindah namanya...

                                                      CRYSTAL RAINBOW PUDING






Bahan A
400 ml santan pekat
1.1 liter air
200 gm gula pasir
2 ½ sudu besar serbuk agar-agar
½ sudu kecil garam halus
1 sudu teh setiap pewarna merah jambu, hijau epal & biru tulen Star Brand

Masak semua bahan kecuali pewarna sehingga mendidih dan tapis.

Bahan B1 liter air
1 ½ sudu besar serbuk agar-agar
170 gm gula pasir
1 sudu teh pewarna merah jambu, hijau epal & biru tulen Star Brand

Masak semua bahan dan tapis.

Cara-Cara Melapis
1. Timbang bahan A sebanyak 350gm dan warnakan dengan pewarna merah jambu dan tuangkan ke dalam acuan. Biarkan beku sedikit.
2. Kemudian ambil pula bahan B sebanyak 250gm dan warnakan merah jambu dan tuangkan perlahan2 di atas adunan tadi.
3. Buat sehingga habis dan berganti warna dan bekukan.

Sedapnya kerabu jantung pisang....







Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang - direbus kemudian dipotong halus
500ml santan
4 biji bawang merah - dimayang
1/2 sudu teh lada hitam - dikisar
200gm isi ikan selayang - direbus dan ambil isinya
2 biji limau nipis |diambil airnya
Sedikit perasa dan garam secukupnya

Cara memasak:1. Gaulkan jantung pisang bersama semua bahan hingga sebati.
2. Perasakan dengan bahan perasa dan garam secukup rasa.
3. Sedia dinikmati.

Bubur brokoli khasiat untuk bayi...









Bahan-bahan:
Bubur nasi secukupnya
10gm brokoli
Air rebusan ayam secukupnya

Cara memasak:
1. Kukus atau celur brokoli dan toskan.
2. Kemudian masukkan brokoli dan air rebusan ayam ke dalam bubur nasi.
3. Didihkan di atas api perlahan. Kacau rata.
4. Apabila air rebusan ayam hampir kering, tutupkan api dan sejukkan seketika.
5. Masukkan bubur ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga hancur.
6. Sedia untuk dihidangkan kepada bayi.

Ikan pekasam mengusik selera.....








Bahan-bahan:
2 ekor ikan selat kecil
250gm garam kasar
250gm beras - digoreng tanpa minyak
1 biji cili merah
1 biji bawang besar

Cara memasak:

1. Bersihkan ikan dan lumurkan seluruh ikan dengan garam. Biarkan semalaman.
2. Keluarkan ikan dan bilas bersih.
3. Kemudian lumurkan beras pada ikan dan biarkan semalaman di dalam bekas tertutup.
4. Apabila hendak masak, panaskan minyak dan goreng ikan hingga kekuningan.
5. Taburkan bawang dan cili di atasnya yang siap digoreng

telur pindang, suatu kelainan..


 
Daun manggis
Daun lengkuas
Daun jambu untuk beri warna hitam pada telur
Daun serai + isi
Daun senduduk
Kicap pekat
Ketumbar 2 kg
Jintan halus 100g
Jintan kasar 100g kisar semuanya
Bawang kecil 3 kg dengan kulitnya
Bawang putih 1kg
Cili kering 200 g
Isi lengkuas
Cuka 1 cawan
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:
- apabila semua daun telah dicuci, susun sedikit demi sedikit daun dalam periuk.
-letakkan semua bahan- bahan yang digunakan sedikit demi sedikit sambil diselangi telur
-Buat sehingga habis bahan
-kemudian, telur hendaklah direbus pada api yang kecil dalam jangka masa 2 hari.