Wednesday, 21 December 2011

Kuih tradisional, suatu kemestian





KARAS
Bahan-bahannya:
Tepung beras 480 gm
Gula 4oo gm
Air Panas 560 gm
Minyak masak
 
Cara-cara membuatnya:
Larutkan gula didalam air panas. Campurkan sirap panas dengan tepung beras sedikit demi sedikit untuk mendapatkan adunan yang pekat dan licin. Biarkan adunan dalam suhu bilik selama 20-30 minit. Panaskan minyak didalam kuali. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan kuih karas dan pusingkan acuan tersebut untuk menghasilkan satu lapisan nipis, berbentuk jala didalam minyak panas.
Apabila warna keperangan diperolehi, lipatkan kuih menjadi setengah dan biarkan sejuk didalam piring. Resepi ini menyediakan 8-10 keping kuih karas (garispusat 150 mm).


    Nama-nama lain untuk Karas:
    1. Kekaras (di Selatan )
    2. Karah ( di Kelantan)
    3. Kuih jala (di Sarawak) 

    Wednesday, 30 November 2011

    Ibu ayah....syurga adalah tempatmu....


    Ibu.....Mama....Mak.....Umi....Mammy, ayah...abah...abi
    Bukanlah suatu gelaran yang asing...Ibu dan ayah....sudah kita ketahui dia adalah tempat yang paling teristimewa di sanubari kita.. bercakap tentang ibu..pasti ramai yang meruntun jiwa..kerana ibu adalah insan yang paling akrab...dia...insan yang sentiasa ada ketika kita berduka..dia makhluk Allah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya dan kebahagiaan manusia yang bergelar anak..dia...orang yang tidak pernah lekang menyampaikan dan mencurahkan kasih sayang. Ibu dan ayah insan yang kadang kala kita tengking dan marah. Ibu...leterannya menjadikan suatu bebanan, permintaannya merupakan suatu kesukaran. Apabila berjaya, masing-masing mengejar kehidupan duniawi. Ibu dan ayah insan yang ditinggalkan seorang diri di kampung halaman. Mendalami hati seorang tua yang sunyi dengan hiruk pikuk kemeriahan anaknya ketika masih kecil hanya menjadi kenangan ketika beliau sudah lanjut usia. Anak pula, sibuk bekerja, tidak sempat pulang ke kampung menjengah keadaan ibu. Andai kita berjaya selami. Sudah tiba ketikanya di mana kita pula harus menjaga ibu, malah giliran kita berbakti dan memberikan kasih sayang padanya. Kisah seorang wanita dan lelaki yang tua di kampung menggamit kenangan dan sekiranya difahami, golongan ini memerlukan perhatian dan kasih sayang. Tinggal seorang diri di desa kecil menambahkan kesepiaan dalam hidupnya. Beliau menemani anakya yang masih kecil bermain-main tetapi kini beliau hanya ditemani oleh sisa hidup yang entah bila pengakhirannya akan tiba. Serang kali kita mendengar sunggutan dan leteran ibu atau ayah yang sedang sakit.. tidak ramai yang sanggup menjaga ibu ayah ketika mereka sakit...malah ada yang "geli" dengan keadaan ini? Ada ketikanya..ibu merintih seorang diri...tidak pernah kita mengetahui..ibu dan ayah sentiasa mengharapkan belaian seorang anak..perhatian...teman untuk berbicara...teman untuk bercerita...teman untuk meminta bantuan ketika diperlukan...sesungghunya....coretan ini hanya sebagai peringatan sesama kita agar kita menghargai ibu dan ayah...malah di saat mereka sudah tua..mereka sebenarnya perlukan anak-anak sebagai teman yang akan menemani mereka dan merawat kerinduan. Sanngupkah kita berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibu dan ayah yang sedang sakit? siapa yang akan menemani mereka di usia itu? sesungguhnya tempat ibu dan ayah adalah di syurga yang hakiki...

    Wednesday, 5 October 2011




    Laut,
    Malam tadi kau sulam gelombangmu,
    menjadi benang-benang sutera,
    biru yang harum dan lembut
    maka, dipantai terdampar permaidani
    diperut akuamu
    tersimpan seribu khazanah
    menjadi hamparan indah duniawi

    Laut,
    hari ini kau menyulam kasih
    menjadi penawar nelayanmu
    gelombang ombak setia menunggu
    alammu menjadi mahligai indah
    makhluk di laut menjadi gundah

    Laut,
    hadirmu menerangi malamku
    menghembuskan secebis gembira
    melakarkan selautan jiwa
    yang mengharap
    seungkap kasihmu

    PUDING MARBLE



    20 gm agar-agar
    3 1/2 cawan air
    3/4 cawan gula
    5 biji telur
    1 tin susu cair
    1/2 sudu kecil esen vanila
    1/2 sudu kecil mentega
    3 sudu serbuk koko

    Cara membuatnya :

    1. Masak agar-agar hingga cair.
    2. Kacau telur, susu cair, esen vanila dan mentega hingga rata kemudian masukkan ke dalam agar-agar tadi.
    3. Angkat dan tapiskan bahan tadi.
    4. Masukkan adunan yan siap ditapis sekali lagi dengan api yang sederhana.
    5. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. 
    6. Masukkan serbuk koko tadi ke dalam bahagian kedua adunan dengan cuma sekali mendidih.
    7. Akhir sekali, tuangkan  dua bahagian adunan tadi ke dalam loyang secara beselang seli.